Quick Links

10 September 2012 : Majlis Sambutan Raya Merdeka Bersama TMTC Sabah dan MMC (Sabah)

Bertepatan dengan kunjungan Dr. Zainal Abu Zarim, Naib Presiden Learning and Development Division (LDD) ke Sabah dalam siri Jelajah Turun Padang ke seluruh Regional Colleges bagi menyampaikan mesej penstrukturan semula dan hala tuju Learning and Development Division, pihak TM Training Centre (TMTC) Sabah dan Multimedia College Sdn. Bhd. (MMC) Sabah berganding bahu menganjurkan Majlis Sambutan Raya Merdeka bertempat di TMTC Sabah Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 10 September 2012.

Majlis yang gilang-gemilang ini dimulakan dengan persembahan Sabah dan upacara melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan TM oleh tetamu kehormat Haji Sukkuriya Masri, Pengurus Besar TM Negeri Sabah merangkap ahli Lembaga Pengarah MMC Sabah sempena menyambut Hari Malaysia yang bakal tiba. Majlis diteruskan dengan jamuan hari raya dan para hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian, sketsa yang mencuit hati, tarian serta kebolehan bermain alat muzik oleh siswa siswi MMC Sabah.

Acara diteruskan dengan Program Kunjungan Syawal ke lokasi-lokasi pembaikan dan Ibusawat IPK Kota Kinabalu, Sabah di mana Dr. Zainal Abu Zarim menyampaikan juadah raya kepada anggota teknikal Regional Network Operation (RNO) dan Network Development (ND) Sabah yang tidak berkesempatan untuk bersama dalam Majlis Sambutan Raya Merdeka TMTC dan MMC Sabah.

Turut hadir bagi menyaksikan detik bersejarah ini adalah Dato' Penolong Pengurus Besar Multimedia College Sdn. Bhd., Siti Alwiah Daud Pengarah Operasi dan Akademik, Abdul Rapi Haji Kunchong, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia Sabah (SUTE) serta Exco, Jamaludin Mahmod, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Sabah (SUTEN) serta Exco, Pengurusan Kanan TM Sabah, para pelajar MMC Sabah serta para anggota TM Sabah.


LI
 
 

 

Copyright © 2010 Multimedia College. All rights reserved. | Terms & Condition | Sitemap